Ketokohan Syekh Jamaluddin Al-Qasimi (1282 H-1332 H) Dalam Bidang Pendidikan
Keywords:
Pendidikan Islam, Pemikir Pendidikan Islam, Karya Agung Pendidikan Islam, Syekh Jamaluddin Al-QasimiAbstract
Pendidikan merupakan perkara yang penting dalam Islam. Setiap Muslim digalakkan untuk menuntut pelbagai jenis ilmu. Kepentingan pendidikan ini secara jelas dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah serta dijelaskan oleh para sarjana Islam menerusi karya-karya agung mereka. Makalah ini menyingkap penglibatan dan komitmen Syekh Jamaluddin al-Qasimi dalam bidang pendidikan. Beliau merupakan ulama besar kontemporari di Syam yang menghasilkan beberapa karya yang membincangkan idea-idea pendidikan. Makalah ini menumpukan kepada penglibatan beliau dalam bidang pendidikan yang merangkumi analisis mengenai para murid dan karya-karya pendidikan beliau. Perbahasan ini seterusnya mengkaji sumbangan dan karya-karya beliau dalam bidang pendidikan.Hasil kajian mendapati bahawa al-Qasimi banyak mengkaji tentang pendidikan akhlak, akhlak kepada diri sendiri,akhlak keada Allah dan Rasulnya, akhlak didalam rumah dan sosial